1 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniQ2 - PI Staff Internal Training ( Event Management )
Pada 31 Julai 2019, staf Pusat Internet telah menghadiri PI Staff Internal Training – Event Management yang bertempat di Pusat Internet Tambun Tulang. Tujuan bengkel ini bagi menambah keyakinan diri dan menyuntik motivasi diri dalam kalangan staf pusat internet dalam menjalankan tanggungjawab di pusat internet.
Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan.Peserta terdiri daripada staf Pusat Internet dari Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada staff Pusat internet tentang pengurusan dan tatacara untuk menjalankan sesuatu acara formal dan tidak formal. Selain itu , memberi peluang kepada peserta merancang acara secara berkumpulan dan membuat perbentangan tentang acara yang akan dilakukan.Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: