8 April 2019 | Aktiviti TerkiniAdvokasi dan Program Gaya Hidup Sihat Dun Kuala Perlis
Pada 07 April 2019, telah berlangsung Program Advokasi KDB dan Program Gaya Hidup sihat Dun Kuala Perlis bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Padang Besar Selatan, Kuala Perlis. Program ini merupakan anjuran KEMAS Parlimen Kangar dan Pihak KOSPEN Kg Padang Besar Selatan. Program ini bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Program "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi.
Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Tuju-tuju tin, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat KDB, pertandingan makanan sihat,aerobik dan lain-lain. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: