4 November 2019 | Aktiviti TerkiniGotong-Royong Kampung & Taklimat Advokasi ( Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)
Pada 03 Nov 2019 : Pusat Internet telah mendapat jemputan dari MPKK Kg Padang Besar Selatan menyertai aktiviti gotong-royong kampung bagi memberi penerangan tentang Kempen Klik Dengan Bijak dan kepentingan perlindungan data peribadi di dalam penggunaan internet. Bertempat di perkarangan Masjid Al-Firdaus Kg Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat.
Program Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: