19 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ICT Pelajar Pendidikan Khas SK Kayang
Pada 18 Jun 2019 telah diadakan Program Asas ICT bersama pelajar pendidikan khas SK Kayang . Program tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1 petang. Program ini diadakan bagi tujuan memperkenalkan fungsi komputer dan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai pengalaman menggunakan komputer. Bermula dengan tayangan video mari mengenal keselamatan diri dan asas komputer. Peserta dibahagi kepada 3 kumpulan dan mereka diberi peluang untuk menggunakan peralatan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: