16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniMIV Bersama DTT
Pusat Internet Padang Besar Selatan telah berlangsung Bengkel Malaysian ICT Volunteer ( MIV) Bersama DTT bagi kluster Kuala Perlis dan diadakan pada 15 Jun 2019 . Bengkel ini bertujuan memperkenalkan program Malaysian ICT Volunteer (MIV) kepada pengurus pusat internet dan sukarelawan yang terlibat dengan program ini. Peserta terdiri daripada komuniti setempat memandangkan program ini adalah di bawah Modul MIV with DTT. Di mulakan dengan sesi taklimat MIV kepada wakil pusat internet dan pendaftaran sukarelawan MIV.
Peserta kemudian di beri taklimat tentang pengenalan Inisisatif MCMC , Sesi perkongsian tentang DTT iaitu siaran tv digital yang akan menggantikan siaran tv analog yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak lama lagi.Kemahiran Berkomunikasi dengan komuniti bagi menerangkan tentang siaran Myfreeview telah diajar kepada Sukarelawan MIV bagi menambah ilmu untuk dikongsi bersama komuniti sekitar mereka. Membangunkan warganegara yang mampu menggunakan dan menghasilkan aplikasi ICT dan perkhidmatan bagi kegunaan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: