2 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Taklimat Mamogram Komuniti Kampung Padang Besar Selatan
Pada 1 Julai 2019 : Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN) bertempat di bilik latihan Pusat Internet Padang Besar Selatan. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat. Dalam pembentangan Bajet 2007 pada 1 September 2006, Kerajaan telah bersetuju memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini mulai tahun 2007.
Program Subsidi ini dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bertujuan menggalakkan wanita untuk menjalani ujian mamogramdalam usaha untuk pengesanan awal dan mengurangkan insiden kanser payudara.Program Subsidi Ujian Mamogram ini dilaksanakan bermula pada bulan Mei 2007 melalui 58 Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan 53 pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini. Kumpulan sasar bagi program subsidi ini adalah wanita warganegara Malaysia atau penduduk tetap dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat kanser payudara, berumur 40 - 70 tahun dan berpendapatan rendah.
Bagi wanita berumur 35 - 39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun juga layak mendapat subsidi dengan rujukan daripada doktor. Bagi mencapai objektif program dan mendekati kumpulan sasar, LPPKN turut mendapatkan penglibatan rakan pintar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pertubuhan bukan Kerajaan seperti Pusat Internet setempat. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: