30 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Perlindungan Data Peribadi bersama staf Pusat Internet
Pada 29 Oktober 2019: Semua staf Pusat Internet di negeri Perlis dan Kedah telah menghadiri program Perlindungan Data Peribadi 2010 ( Akta 709) . Bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir, Kedah. Tujuan aktiviti ini dijalankan memberi kesedaran kepada staf pusat internet tentang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan cara untuk memproses data dengan betul mengikut prinsip yang telah ditetapkan.
Taklimat disampaikan oleh Tuan Mazmalek Bin Mohamad ( Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia. Beliau telah berkongsi kes-kes penipuan yang telah berlaku di Malaysia yang melibatkan penyalahgunaan data peribadi di internet. Program ini dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: