21 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniTaklimat Advokasi & eKelas di SMA Al- Islahiyah
Pada 20 Mac 2019 Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan Sekolah Menengah Agama Al-Islahiyah. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan Pusat Internet dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat. Program Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Taklimat eKelas juga telah di berikan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi menerangkan isi kandungan portal ekelas kepada pelajar sekolah. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: