2 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniTaklimat Advokasi & Bengkel Asas Shopee
Pada 1 Disember 2019, Pusat Internet telah mengadakan Bengkel Asas Shopee bersama-sama dengan Pusat Internet Desa yang bertempat di Pusat Internet Batas Lintang. Program bermula jam 9.00 pagi. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mendedahkan kepada usahawan tempatan berkaitan dengan perniagaan atas talian dengan menggunakan platform Shopee. Para peserta dapat mengetahui cara menjual barang dengan menggunakan platform Shopee. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan keselamatan ICT Klik Dengan Bijak dan juga Akta Perlindungan Data Peribadi. Program berakhir pada jam 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: