7 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniTyping Challenge
Pada 6 Januari 2019, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan aktiviti yang berbentuk pertandingan bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari Microsoft Word. Melalui aktiviti ini dapat menguji tahap kepantasan peserta dalam menaip menggunakan komputer. Aktiviti di mulakan dengan peserta diberi penerangan tentang perisian Microsoft Word dan fungsi-fungsi perisian tersebut. Mereka diminta menaip satu perenggan berdasarkan teks yang diberi dan pemenang akan dikira berdasarkan siapa yang dapat taip dengan pantas serta tepat.
Melalui aktiviti ini dapat mengasah tahap pemikiran para peserta kerana mainan tersebut memerlukan pemikiran yang kritis dan dapat mewujudkan satu daya saing secara sihat antara peserta serta mengalakkan kerjasama dan memupuk kreativiti dalam merancang strategi. Selain itu, dapat mempromosikan Pusat Internet Padang Besar Selatan kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan juga dapat membantu memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta dapat mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak“ dan “ Check Your Label “.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: