13 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniTaklimat Advokasi Dan Kelas Keusahawanan (Fotografi Produk & FB Page)
Pada 12 Julai 2020, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah memberi taklimat advokasi dan kelas keusahawanan kepada 3 orang peserta yang merupakan usahawan yang baru mula berniaga dan ingin mempromosikan perniagaan mereka di atas talian. Staf Pusat Internet telah memberi bimbingan tentang cara pengambilan gambar produk dengan betul dan memperkenalkan Facebook Page sebagai platform baru bagi peserta menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan peserta seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: