8 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKahoot Bahasa Inggeris, Sains & Matematik Tahun 6
Pada 7 Februari 2020, telah berlangsung program permainan interaktif bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan teknologi maklumat melalui aplikasi Kahoot. Program ini diadakan di Pusat Internet Padang Besar Selatan. Program ini adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: