6 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Seni Muzik Tradisional (KOMPANG)
Pada 5 Februari 2020 , Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Seni Muzik Tradisonal menggunakan kompang bertempat di Pusat Internet Padang Besar Selatan. Aktiviti ini di adakan selama 2 jam bermula dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang dan disertai oleh 21 orang peserta. Kelas ini dapat menerapkan nilai kesenian tradisional dikalangan peserta yang terdiri dari golongan muda bagi mempunyai kemahiran dalam bidang seni muzik tradisional melayu seperti kompang di zaman moden ini.
Selain itu, peserta juga di beri pendedahan tentang melalui bakat dalam bidang ini, peserta dapat menjana pendapat dengan mengambil upah bagi memainkan muzik tradisional bagi acara-acara dan majlis yang selalu diadakan di kalangan masyarakat sekarang melalui cara promosi di medium sosial media dan internet. Dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat mempromosikan fungsi Pusat Internet kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: