8 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniTaklimat Advokasi Dan Online Learning
Pada 07 Julai 2020 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berlangsungnya Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) di Pusat Internet Padang Besar Selatan . Program ini dimulakan dengan Taklimat advokasi modul Oversharing dan kesedaran bagi menyedari tentang kepentingan dan hak-hak yang perlu seseorang tahu sebelum atau selepas berkongsi data peribadi kepada pihak yang tertentu.
Staf pusat internet menerangkan tentang kepentingan mamahami dan menjaga hak anda sebagai pengguna. Program ini bertujuan menyedarkan orang awam yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia tentang kepentingan mengetahui hak perlindungan data peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: