Online Marketing dan Facebook Page
13 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2021 Pusat Internet Komuniti Padang Besar Selatan telah berkolaborasi bersama Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) Kuala Perlis menganjurkan program Online Marketing dan facebook Page.
Staf Pusat Internet Komuniti telah memberi bimbingan dan membantu peserta menggunakan medium pemasaran atas talian iaitu aplikasi Whatsapp Business dan membina Facebook Page. Staf juga telah memberi bimbingan dalam penghasilan poster yang menarik sebagai cara baru bagi peserta menjalankan dan mempromosikan lagi perniagaan peserta seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PIK dengan komuniti, dapat memperkenalkan PIK dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PIK sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: