16 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPenggunaan Google Form Dalam Kaji Selidik
Pada 15 Januari 2021 jam 3.30 petang hingga 5.00 petang telah membantu pengguna di Pusat Internet Komuniti Padang Besar Selatan bagi penggunaan google form dalam kaji selidik. Peserta juga di beri bimbingan bagi menghasilkan soal selidik menggunakan Google Form dan memastikan setiap responden yang terlibat menjawab semua soalan yang diberikan. Aktiviti seperti ini dapat memupuk hubungan yang baik di antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat serta dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: