Asas WhatsApp Business di Google Meet kolaborasi bersama Pelatih PERHEBAT
23 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2021 Pusat Internet Komuniti Padang Besar Selatan telah berkolaborasi bersama PERHEBAT menganjurkan program asas whatsapp business melalui platform Goole Meet.
Staf Pusat Internet telah memberi bimbingan dan membantu peserta menggunakan medium pemasaran atas talian menggunakan aplikasi Whatsapp serta memberi bimbingan dalam penghasilan Katalog Whatsapp yang menarik sebagai platform baru bagi peserta menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan peserta seiring dengan platform perniagaan online. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PIK dengan komuniti, dapat memperkenalkan PIK dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PIK sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: