dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat (CMCF) Communications And Multimedia Content Forum Of Malaysia

27 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

26 Oktober 2021, Selasa – Pihak (CMCF) Communications And Multimedia Content Forum Of Malaysia telah memberikan taklimat bersama staf PEDi , Pusat Ekonomi Digital . Program ini dijalankan bagi memberi taklimat dan pendedahan kepada staf PEDi berkenaan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) ialah badan industri kawal selia kendiri bebas yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan ditetapkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA'98) untuk menyelia dan mempromosikan kawal selia kendiri kandungan melalui media rangkaian elektronik.

Sebagai badan kawal selia kendiri industri, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) terdiri daripada ahli utama industri kandungan komunikasi dan multimedia, termasuk pengiklan, penyiar, pencipta/pengedar kandungan, penyedia perkhidmatan pengehosan teks audio, penyedia perkhidmatan internet dan kumpulan sivik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.