dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Literasi Komputer dan Usahawan Giatmara Kursus KFL ( Kimpalan) Dan FND (Jahitan )

28 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 - 27 April 2022 bertempat di PEDi Padang Besar Selatan diadakan Program Literasi Komputer dan Usahawan Giatmara Kursus Jahitan dan Kimpalan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan dalam kalangan peserta. Antara kelas yang diajar oleh staf PIK kepada para pelajar Giatmara sepanjang 3 hari diadakan adalah Kelas Usahawan, Online Marketing, Facebook Account & Page, Creating Presentation Slide, Product Photography,Editing, Asas Microsoft Office, How to create poster dan How to use WhatsApp in Businesses.

Menerusi aktiviti ini, para peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dibelajar tersebut apabila mereka ingin menjadi usahawan samada sambil belajar atau setelah tamat belajar. Selain itu, peserta dapat menambahkan pengetahuan tentang cara untuk menjadi usahawan dan menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk masing-masing. Justeru, melalui program seperti ini juga dapat mempromosikan PEDi kepada bidang pendidikan tinggi serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan membina hubungan baik di antara pihak pengurusan PEDi dan institusi pendidikan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.