Program Literasi Komputer dan Usahawan Giatmara Kursus Kimpalan & Fabrikasi Logam (TAF)
31 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28- 30 Mac 2022 bertempat di PEDi Kg Surau telah berlangsung Program Literasi Komputer dan Usahawan Giatmara Kursus Kimpalan & Fabrikasi Logam (TAF). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan dalam kalangan peserta. Antara kelas yang diajar oleh staf PIK kepada para pelajar Giatmara sepanjang 3 hari diadakan adalah Kelas Usahawan, Online Marketing, Facebook Account & Page, Creating Presentation Slide, Product Photography,Editing, Asas Microsoft Office, How to create poster dan How to use WhatsApp in Businesses.
Menerusi aktiviti ini, para peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dibelajar tersebut apabila mereka ingin menjadi usahawan samada sambil belajar atau setelah tamat belajar. Selain itu, peserta dapat menambahkan pengetahuan tentang cara untuk menjadi usahawan dan menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk masing-masing. Justeru, melalui program seperti ini juga dapat mempromosikan PEDi kepada bidang pendidikan tinggi serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan membina hubungan baik di antara pihak pengurusan PEDi dan institusi pendidikan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: