Pengenalan Microsoft Word Siri 3
20 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Jun 2022 staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan perisian Microsoft Word untuk menghasilkan dokumen. Peserta juga di ajar cara untuk memuat turun gambar dari internet dan menyusun gambar tersebut ke dalam perisian Microsoft Word untuk dicetak mengikut saiz yang dikehendaki. Peserta juga diajar menghasilkan jadual serta memasukkan gambar ke dalam dokumen Microsoft Word. Peserta diberi pendedahan bagi menulis surat rasmi serta memasukkan bullet point ke dalam teks surat tersebut.
Aktiviti seperti ini dapat memupuk hubungan yang baik di antara staf PEDi dan komuniti setempat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: