Keusahawanan – Kursus Asas Animasi
5 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2022, staf PEDi telah menghadiri PEDi Staff Internal Training – Keusahawanan- Kursus Asas Animasi secara atas talian melalui aplikasi Microsoft Team.Tujuan bengkel ini bagi untuk memantapkan ilmu asas animasi menggunakan telefon pintar dalam menghasilkan iklan animasi untuk tujuan komersial supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada usahawan dan komuniti setempat.
Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada staf PEDi dari Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada staff Pusat Ekonomi Digital Keluaga Malaysia bagi memantapkan ilmu keusahawanan dan menggalakkan mereka menceburi bidang ini bagi menambah pendapatan. Antara topik yang ditekankan adalah Social media marketing , Menguasai pelbagai platform digital, Teknik pemasaran video/live dan animasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: