Program Photophone Bersama KEMAS (Canva)
18 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 March 2022, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) Parlimen Arau dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi Maxis) menganjurkan program photophone bagi mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada usahawan seramai 15 orang cara untuk membuat poster dan kad perniagaan menggunakan aplikasi canva. Peserta juga diberi tugasan untuk membuat poster mengikut daya kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi canva bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: