Teknik Pemasaran Digital Shopee Bersama NCER Perlis
11 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2022, Pihak empowerNCER Kangar, Perlis telah menjemput staf Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Padang Besar Selatan sebagai tenaga pengajar bagi Kelas Teknik Pemasaran Digital di platform e-Dagang Shopee. Kelas dimulakan dengan perkongsian staf PEDi tentang advokasi keselamatan penggunaan platform perniagaan atas talian.
Selain itu staf juga memberi bimbingan kepada peserta yang terdiri daripada usahawan cara mengambil gambar produk dengan betul dan menyunting gambar yang telah diambil menggunakan aplikasi Canva bagi memastikan gambar yang digunakan untuk dimuat naik di platform shopee lebih menarik dan mampu menarik minat pembeli untuk membuat belian. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada usahawan tentang peranan dan fungsi PEDi dari aspek pengukuhan aktiviti e-Dagang , inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital seperti platform Shopee
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: