dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 2022

31 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28-30 Ogos 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah menghadiri Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 2022 bertempat di IXORA Hotel Penang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari En. Izwan selaku Timbalan Pengarah MCMC Perlis. Staf juga diberi taklimat dari pihak MCMC ( Tuan Haji Bukhari Yahya) , Ketua Bahagian Pembangunan & Pengurusan Komuniti MCMC tentang transformasi PEDi, fungsi dan peranan PEDi bagi tahun 2022 bertepatan dengan matlamat penubuhan Pusat Ekonomi Digital .

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat dari pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dengan Pusat Ekonomi Digital ( PEDi) seperti Shopee, MDEC,Bank Negara Malaysia dan PitchIN Crowdfunding. Selain itu, pihak MCMC juga memberi penerangan tentang penyelarasan Laporan Data PEDi, KPI PEDi, Perbincangan isu dan cabaran yang dihadapi oleh staf PEDi bagi membantu usahawan komuniti dan perkongsian kisah kejayaan PEDi dalam membantu komuniti setempat. Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada staf PEDi tentang peranan dan fungsi PEDi dari aspek pengukuhan aktiviti E-Dagang , inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital seperti platform Shopee. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Roslan Mohamad (Ketua Bahagian Transformasi & Koordinasi Negeri)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.