Program Photophone Bersama KEMAS Parlimen Kangar (Fotografi, Snapseed, Canva)
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12-14 Mei 2022, Jabatan Kemajuan Masyarakat Kuala Perlis (KEMAS) Parlimen Kangar dengan kerjasamaPusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi Maxis) menganjurkan program photophone bagi mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada usahawan cara mengambil gambar produk dengan betul dan menyunting gambar yang telah diambil menggunakan aplikasi Snapseed. Peserta juga diberi tugasan untuk menyunting gambar produk mengikut daya kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi Snapseed. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Selain itu, perserta juga diajar cara membuat poster dan kad perniagaan menggunakan aplikasi Canva. Peserta juga diberi tugasan untuk membuat poster mengikut daya kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi Canva bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: