Program Photophone Bersama KEMAS (Editing- Snapseed)
17 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 March 2022, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) Parlimen Arau dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi Maxis) menganjurkan program photophone bagi mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada usahawan seramai 15 orang cara mengambil gambar produk dengan betul dan edit gambar yang telah diambil. Peserta juga diberi tugasan untuk edit gambar produk mengikut daya kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi snapseed. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: