Advokasi Program Pemasaran Digital (Asas Shopee)
13 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2023, telah berlangsung Kelas Asas Perniagaan di Shopee bersama Persatuan Serikandi Harapan Kuala Perlis. Program ini berlangsung di Pejabat Khidmat Rakyat Kuala Perlis bermula pada 9 pagi hingga 5.00 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada peserta. Tambahan juga pendedahan tentang membina platform perniagaan secara dalam talian menggunakan platform shopee.
Kursus ini melibatkan kerjasama Rakan Digital daripada PEDi Tambun Tulang, PEDi Batas Lintang, PEDi Kg Surau, PEDi Rpa Arau & PEDi Padang Besar Selatan. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: