Advokasi @ Kaunter Bergerak CIMB di PEDi
3 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Padang Besar Selatan bersama-sama Bank CIMB Cawangan Alor Setar telah membuka kaunter bergerak. Program ini diadakan di PEDi Padang Besar Selatan. Seramai 30 orang pengguna telah datang untuk membuka akaun bank CIMB di sini. Di samping itu, staf PEDi telah berkongsi maklumat mengenai Klik Dengan Bijak Online Scamming bersama pengguna yang datang. Staf bank juga telah berkongsi kes-kes penipuan internet yang melibatkan akaun bank serta pencerobohan data peribadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: