Advokasi Program Pemeriksaan Kesihatan bersama National Kidney Foundation (NKF)
20 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2023, telah berlangsung Program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma bersama National Kidney Foundation dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah. Program ini berlangsung di PEDi Padang Besar Selatan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 Petang. Program ini diadakan untuk mencegah penyakit buah pinggang dalam kalangan komuniti setempat dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Antara Ujian yang dilakukan adalah Ujian air kencing, Ujian Gula dalam Darah, Ujian Kolestrol , Ujian Indeks Jisim Badan, Ujian Tekanan Darah dan sesi Kaunseling.
Staf PEDi mengambil kesempatan untuk memberi advokasi tentang tanggungjawab sebagai warga digital. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: