Kursus Transformasi Minda – Definisi Keusahawanan
1 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 30 Sept 2023, telah berlangsung Kursus Transformasi Minda – Definisi Keusahawanan. Program ini berlangsung di Dewan Giat Mara, Arau, bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 petang selama 1 hari. Program ini bertujuan adalah untuk melatih usahawan baru supaya lebih mendalami ciri-ciri menjadi seorang usahawan. Ia adalah sebuah program yang menerangkan ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: