Program Photophone Bersama Kemas (Photography)
23 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2023, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) Parlimen Kangar dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menganjurkan program photophone bagi mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada usahawan seramai 15 orang. Peserta diberi pengenalan berkaitan fotografi dan basic fotografi serta memberi tunjuk ajar teknik mengambil gambar produk dengan baik.
Peserta juga diberi tugasan untuk mengambil gambar produk mengikut daya kreativiti masing-masing. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: