Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 2023 bersama Komuniti Batas Lintang
2 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 1 April 2023, KRT Batas Lintang telah menganjurkan Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Ramadhan bersama komuniti setempat. Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan komuniti setempat di sini yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan komuniti batas Lintang bersama staff PEDi.
Aktiviti ini bermula pada pukul 9 pagi dengan kaum wanita mengupas bawang, basuh bahan basah dan memotong sayur-sayuran sebagai bahan masakan, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan serta tempat memasak. Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh staf yang berkelapangan. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada komuniti dan staff PEDi bermula pada pukul 2 petang. Semasa aktivit tersebut, staf PEDi juga sempat berkongsi mengenai kempen keselamatan ICT bersama komuniti tersebut dan juga kes-kes penipuan internet yang kerap berlaku pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: