Softskill @ Kelas Masakan Anjuran KEMAS
10 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 9 Okt 2023, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjemput pihak PEDi Batas Lintang & PEDi Padang Besar Selatan untuk menyertai kelas masakan yang diadakan bersama komuniti. Pada minggu tersebut, peserta diberi tugasan menyediakan hidangan dessert. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri, Bakeri dan Kuih-muih Melayu, Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan.
Di samping itu, staf PEDi turut sama peturunkan ilmu produk fotografi bagi produk makanan. Staf PEDi turut berkongsi mengenai advokasi online scamming dan juga teknik mengambil gambar produk dengan betul. Program sebegini dapat mengeratkan hubungan staff PEDi dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: