Advokasi Awal Remaja LPPKN Perlis
4 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 3 Jun 2023 iaitu hari Sabtu, telah berlangsung Taklimat Advokasi Awal Remaja secara percuma bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis. Program ini berlangsung di PEDi Batas Lintang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran awal kepada komuniti setempat terutama sekali remaja tentang penjagaan diri, pendidikan seksual serta kesedaran mengenai kehamilan awal remaja. PEDi yang terlibat adalah PEDi Batas Lintang dan PEDi Padang Besar Selatan. Staf PEDi mengambil kesempatan ini untuk memberi advokasi tentang tanggungjawab sebagai warga digital kepada peserta terlibat.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: