Advokasi @ Kelas Masakan Anjuran KEMAS
25 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Okt 2023, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjemput pihak PEDi untuk menyertai kelas masakan yang diadakan bersama komuniti. Pada hari tersebut, peserta diberi tugasan menyediakan hidangan dessert. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri, Bakeri dan Kuih-muih Melayu.
Di samping itu, staf PEDi turut sama peturunkan ilmu menjadi usahawan yang berjaya kepada peserta . Staf PEDi turut memberi pendedahan tentang menggunakan internet dengan cara yang selamat. Pihak PEDi turut berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta membina hubungan baik di antara pihak pengurusan PEDi dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: