Program Photophone Bersama Kemas (Snapseed)
24 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2023, Jabatan Kemajuan Masyarakat Kuala Perlis (KEMAS) Parlimen Kangar dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menganjurkan Program Photophone Bersama Kemas (Snapseed). Peserta diberi pengenalan berkaitan teknik mengubahsuai gambar yang diambil menggunakan aplikasi Snapseed. Peserta juga diberi tugasan untuk mengubahsuai gambar produk mengikut daya kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi snapseed menggunakan telefon pintar. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: