Kursus Transformasi Minda – Strategi Pemasaran Digital
2 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 01 Okt 2023, telah berlangsung Kursus Transformasi Minda – Strategi Pemasaran Digital. Program ini berlangsung di Dewan Giat Mara, Arau, bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang selama 1 hari. Program ini bertujuan adalah untuk memperkasa usahawan dengan penggunaan digital. Ia adalah sebuah program pemasaran digital berstruktur untuk memperkasa usahawan dari masyarakat luar bandar untuk memperluaskan penggunaan digital mereka. Program ini merangkumi bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal untuk melengkapkan peserta dengan alat dan kemahiran digital yang mampu mengembangkan perniagaan dan pendapatan mereka.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: