Program Indoor Game Kemas Parlimen Arau
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2024, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) Parlimen Arau dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan Program Indoor Game yang bertempat di Pusat Bowling Kangar Perlis.. Staf NADi dijemput untuk menjadi urusetia semasa program ini iaitu diberi tugas untuk merekod serta mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam report para peserta..
Selain daripada itu, staf NADI turut menjadi peserta bagi mewakili kumpulan dari NADI bagi pertandingan bowling. Peserta adalah terdiri daripada staf KEMAS, usahawan setempat serta peserta-peserta yang pernah menyertai program KEMAS sebelum ini.
Dengan adanya program ini, ianya dapat memberi peluang kepada komuniti mengenal antara satu sama lain serta dapat mengeratkan hubungan antara KEMAS dan NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: