Program Sijil Kemahiran Modular Skm Penyediaan Makanan Kemas Parlimen Arau
3 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 2 - 4 Julai 2024, Jabatan Kemajuan Masyarakat Simpang Empat (KEMAS) Parlimen Arau dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan Program Sijil Kemahiran Modular Bidang Masakan iaitu pengenalan kepada peserta atau usahawan yang inign memiliki Sijil Kemahiran Malaysia. Staf NADi dijemput untuk menjadi urusetia semasa program ini iaitu diberi tugas untuk merekod serta mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam port folio para peserta..
Antara Aktiviti yang dijalankan adalah proses penghasilan makanan yang merangkumi 13 modul serta proses mengambil gambar produk dan proses mengambil gambar setiap peserta memasak.
Dengan adanya program ini, ianya dapat meningkatkan Kemahiran ICT dalam kalangan usahawan dan dapat mengeratkan hubungan antara KEMAS dan NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: