Riang Ria Raya – Cornflakes Madu
7 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 06 April 2024, NADI Batas Lintang bersama NADI Padang Besar Selatan telah mengadakan kelas masakan sempena menyambut Hari Raya. Kelas masakan ini diadakan pada hari Sabtu pada jam 11:00 pagi – 1:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih dan menarik minat peserta menghasilkan kuih raya.
Selain itu, staff NADI turut memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pembangunan keusahawanan kepada peserta.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Maklumat Nasional kepada komuniti, berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta membina hubungan baik di antara pihak pengurusan Nadi dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: