Kelas Pemasaran TIKTOK - RD
6 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 05 Januari 2024, telah berlangsung Kelas Pemasaran TIKTOK - RD. Kelas ini berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kuala Perlis bermula pada pukul 10:00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas ini bertujuan adalah untuk memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan Tiktok sebagai platform untuk memasarkan produk serta pengenalan kepada TikTok Affiliate. Sewaktu kelas berlangsung, Rakan Digital memberi penerangan mengenai aplikasi TIktok sebagai platform pemasaran digital dan para peserta menggunakan telefon pintar masing-masing untuk mendaftar akaun Tiktok dan juga akaun Tiktok Shop.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menambahkan lagi usahawan dalam kalangan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: