Pangkalan Data Utama (PADU) sesi II
7 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 06 Januari 2024, Pihak Perangkaan telah meminta pihak PEDi bagi sama-sama membantu komuniti untuk menjalankan program PADU. Program ini berlangsung di PEDi Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:15 pagi sehingga 05:00 petang. Program ini bertujuan adalah untuk membantu komuniti bagi mengisi maklumat peribadi mereka menggunakan sistem PADU. Program ini diadakan untuk membantu komuniti yang kurang mahir dengan penggunaan atas talian untuk mengisi maklumat peribadi mereka.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan komuniti setempat dan Pihak Perangkaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: