PADU Hour
19 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2024, telah berlangsung PADU HOUR. Taklimat ini berlangsung secara dalam talian (Microsoft Team) bermula pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 01:00 tengah hari. Taklimat ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Pangkalan Data Utama (PADU). Taklimat ini diadakan untuk mengetahui apa itu PADU, cara untuk mengisi maklumat data peribadi dalam sistem PADU, dan pihak DOSM menjawap soalan orang awam bagi masalah yang timbul sewaktu menggunakan sistem PADU.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memudahkan orang awam untuk memahami apa itu PADU dan cara menggunakan sistem PADU dengan betul. Taklimat ini juga dapat membina hubungan baik di antara pihak PEDi, orang awam dan pihak DOSM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: