e-Learning Kelas Asas Matematik III
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2024, telah berlangsung e-Learning Kelas Asas Matematik III. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 04:00 petang. Kelas ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan asas Matematik iaitu Jam.
Melalui kelas ini pelajar dapat membaca jam analog, dapat membaca jarum pendek dan jarum panjang pada jam. Pelajar juga dapat menjawap soalan latihan jam yang diberikan oleh Staf NADI. Aktiviti terakhir, pelajar bermain game atas talian di Wordwall iaitu Jam Analog.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dengan pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: