Brifieng KITAR
19 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2024, telah berlangsung Briefing KITAR. Taklimat ini berlangsung secara dalam talian (Microsoft Team). Melalui taklimat ini, Pihak MCMC meminta Staf NADI untuk print QR Code KITAR bagi memudahkan pelanggan mengetahui status terkini bagi gajet yang telah mereka lupuskan. Selain itu, Pihak MCMC mengajar cara bagi menukar nama PEDi kepada NADI di dalam sistem KITAR, Pihak MCMC juga mengajar cara untuk request collection dalam sistem KITAR. Antara lain, Pihak MCMC mengajar cara untuk menghantar Notebook 1 Malaysia yang telah rosak untuk dikitar semula dan Pihak MCMC memberitahu jumlah minimum gajet yang boleh dihantar untuk dikitar semula iaitu sebanyak 50 unit.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memudahkan staf NADI untuk mengetahui tentang maklumat terkini berkaitan KITAR dan cara menghantar barang untuk dikitar semula dalam sistem. Taklimat ini juga dapat membina hubungan baik di antara pihak NADI dengan pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: