e- Learning Mari Membaca & Menaip
2 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 01 Mac 2024 iaitu hari Jumaat, staf PEDi Padang Besar Selatan mengajar pelajar tahun 6 yang lemah dalam membaca. Beliau akan datang ke PEDi untuk mempertingkatkan kemahiran membaca. Staf PEDi mengajar pelajar sebutan Phonic dengan betul, staf PEDi menegur kesalahan sebutan ketika pelajar membaca dan staf PEDi memberi suku kata untuk di taip oleh pelajar.
Melalui aktiviti ini, staf PEDi dapat membina hubungan baik dengan komuniti setempat di samping memberikan ilmu mengenai teknik membaca dengan betul dan menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: