Program Aspirasi Remaja
19 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2024, telah berlangsung Program Aspirasi Remaja. Program ini berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional PPR Bintong bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menaip serta pengenalan kepada AI.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Program Aspirasi Remaja adalah, Staf NADI memperkenalkan fungsi NADI, mengajar asas menaip menggunakan Microsoft Word dan Staf NADI menunjukkan aplikasi AI terkini iaitu ChatGPT dan Bing Image Creator.
Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada peserta tentang NADI dan fungsi NADI serta dapat menambahkan ilmu tentang teknologi terkini. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: