Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Komuniti Madani Dun Kuala Perlis
30 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2024, telah berlangsung Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Komuniti Madani Dun Kuala Perlis di Program Pulut Kucai JIWA Komuniti Madani. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Perlis dan bersama dengan tiga wakil Komuniti Madani Dun Kuala Perlis. NADI Padang Besar Selatan dijemput untuk memberi taklimat berkaitan jenayah siber serta pengenalan NADI kepada komuniti sekitar. Taklimat ini berlangsung di dataran Rumah Pangsa Kuala Perlis bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 01:00 tengah hari.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada Komuniti Madani Dun Kuala Perlis dan makluman mengenai program-program baru yang disediakan oleh NADI.Antara aktiviti yang dijalankan semasa taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Komuniti Madani Dun Kuala Perlis adalah, Staf NADI memberi penerangan mengenai bahayanya SCAM serta program-program yang akan disediakan di NADI. Selain itu, Staf NADI perkenalkan apa itu NADI, Fungsi NADI dan manfaat NADI kepada komuniti. Komuniti yang hadir turut mendaftar menjadi ahli NADI. Akhir sekali, sesi kuiz berkaitan NADI kepada komuniti yang hadir.
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI, JAPEN dan Komuniti Madani Dun Kuala Perlis. Selain itu, memastikan mereka mengamalkan penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: