dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Berjalan Kaki Bersama Dato Seri Shahidan Bin Kassim

26 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Disember 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah menjadi lokasi berkumpul bagi Program Berjalan Kaki bersama Dato Seri Shahidan Bin Kassim. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara Dato Seri Shahidan Bin Kassim dengan penduduk setempat justeru memperkenalkan Pusat Internet sebagai salah sebuah pusat digital komuniti serta memperkenalkan Kg Padang Besar Selatan sebagai salah sebuah Desa Lestari kepada pelawat.

Program berjalan kaki ini bermula di Kg Padang Besar Selatan dan berakhir di Kg Batu 5 iaitu kira-kira 5 kilometer perjalanan. Antara tetamu VIP yang hadir di program ini ialah YB Dato Seri Shahidan Bin Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Yb. Tuan Ir. Shaharuddin Bin Ismail (Ahli Parlimen Kangar). Menerusi program ini, ia dilihat mampu untuk menarik ramai lagi komuniti setempat dan luar untuk datang melawat dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungn silaratulrahim penduduk setempat dan luar yang mana ia selaras dengan usaha meramaikan kunjungan komuniti di Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.